Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air Yang lama dikelek, yang baharu didukung Seperti lembu dicucuk hidung Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Bagai kaca terhempas ke batu Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Melentur buluh biarlah dari rebungnya Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Indah khabar daripada rupa Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Kacang lupakan kulit Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Bagai ikan pulang ke lubuk Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Bak cendawan tumbuh selepas hujan Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Bbiar mati anak, jangan mati adat Sediakan payung sebelum hujan Mencari Jalan Memerah Otak Berbesar Hati Anak Buah Tuan Rumah Batu Penghalang Darah daging Meninggi diri Bermuka Dua Baik Hati Tulang Belakang Terang Hati Rendah Hati Murah Hati Tangan Kosong Lintah Darat Anak Dagang
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Maksud : Gembira.
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Maksud : Halangan
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Maksud : Sombong
Maksud : Tidak jujur.
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Maksud : Lekas pandai.
Maksud : Tidak sombong
Maksud : Pemurah.
Maksud : Hampa.
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Thursday, December 23, 2010
Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud...
Posted by eshafarisha at 5:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment